Assalamualaikum..
Entri ni sambungan untuk entri semalam. Click di sini http://alittletinyblog.blogspot.com/2013/09/flashback-to-old-school-yaw.html. My sekolah rendah friend plus my bestfriend,Mona did ask me untuk buat entri pasal kat sekolah rendah pulak. Nak flashback balik memang loading berjam-jam. Haha. Nak flashback dari darjah 1 sampailah darjah 6. Banyak sangat kisah lucu dan gembira terjadi. Zaman dulu tak sama lagi dengan zaman sekarang. Kami masuk darjah satu semua teruja. First day tu,semua parents pakat ramai-ramai nak hantar anak diorang mendaftar. Pelbagai ragam dapat tengok waktu tu.Kelas kami dibahagi kepada dua,kelas 1 merah dan 1 biru. Saya masuk kelas 1 merah. Masih ingat lagi,masa mula masuk sekolah,saya datang lambat sebab overslept! :( dah sampai je,semua tempat duduk fully booked. Yang booked tu pulak semua tunjuk muka brutal dengan caption "ni tempat duduk saya!" sambil buat signal mata yang annoying. :D
Last-last pergi mengadu dekat guru darjah tak ada tempat duduk. Mana nak cukup,seorang student dah pakat ambik 2 kerusi sekaligus. Satu untuk letak buntut,satu lagi untuk letak bekal makanan.
Normally,student macam kami dulu ambik bekal dari rumah. Sebab masih takut nak berebut tempat beli makanan dekat kantin. Fizikal yang masih kecik(waktu tu),memudahkan kami di umbang ambing ke sana ke mari. Isu buli masih tak berlaku waktu tu. Alhamdulillah :))
Oh,lupa pulak! Masa tu kitorang masih lagi belum pakai uniform kurung. Masih free hair. And pakai uniform yang non-muslim selalu pakai tu(tak ingat apa nama).Lepas darjah 3,kalau tak silap baru kitorang ditegaskan untuk memakai tudung. Mula pakai tudung sekolah tu,asyik senget. Susah sebab asyik nak adjust. Tudung tu jenis kain yang licin. Rambut pulak asyik terkeluar dari scarf. Bhaahaha. Muka masa tu memang skema habis. Kalau masa fardhu ain,suka pakai tudung empat segi then ikat je kat belakang. Tak kisah nampak buruk ke tak. Budak-budak kan. Haha.
Mula darjah 1,ujian yang cikgu sediakan memang simple habis. Main ejaan. Main teka gambar apa. Main sambung-sambung ayat. Nak dapat full mark memang konfem. Yelah,baru je keluar dari tadika so cikgu suka nak kami belajar mengira,membaca dan mengeja. Teringat pulak satu lagu zaman sekolah dulu. Macam ni bunyi dia.
"...dari A,B,C dan sampai Z,hitung 1 sampai 10..tetapi cikgu begitu tabah...blablabla.."
Saya tak ingat lagi lirik dia macam mana. Lebih kurang macam tu lah ayat dalam lagu.Haha.Perhimpunan sekolah setiap minggu kena ada. Dah tu,kena berdiri tegak dengan ohsem tanpa menyengetkan badan bila lagu negaraku di nyanyikan. Hehe. Bawah panas terik woo. Maunya tak pengsan. Budak-budak mulalah buat hal,nak pengsan lah itu lah ini lah. Masa tu,tak ohsem kalau buat perhimpunan dalam dewan. Kecewanya dengar statement sedemikian.
Masuk darjah 4,kitorang kena duduk dalam kumpulan. Dalam kumpulan ada 4 meja disusun rapat. Cikgu saja nak buat macam tu. Nak senangkan kerja dia mengajar dan nak tahu kumpulan mana yang paling nakal. Masuk darjah 6,kitorang pindah ke bangunan sekolah yang baru;which is just 100metre away dari sekolah lama. Dah masuk darjah 6,cikgu semakin strict. Suruh kitorang attend kelas malam and ambik tusyen. Satu subjek cikgu caj rm10 je. Murah gitu. :)). Saya cuma dapat attend kelas malam je. Itupun terpaksa tido hostel even rumah dekat. Nak ikut tusyen, tak dapat pulak.
Malam-malam tu kitorang buat study group kat dewan. from 8pm to 10pm. 10pm tu dah tak boleh nak merayap-rayap lagi. Kena duduk dalam bilik macam tahanan penjara. Kalau dah stay hostel,mestilah wajib solat dan meringankan punggung untuk pergi ke surau selalu. Surau tak jauh mana pun,jalan kaki 5 minit pun sampai. Kami liat sikit nak pergi. Lebih-lebih lagi waktu subuh. Bila Ustaz dah ketuk-ketuk pintu suruh bangun solat,masing-masing mengelupur sembunyi dalam almari. Haha. Kalau tak pun,buat muka suci pura-pura pergi bilik air. Lepas tu,tak keluar-keluar sampailah uztaz dah pergi surau. :D
Ustaz tu,mesti nak ambik attendance untuk solat. Sapa yang jarang pergi solat,kena rotan lah jawab nya. Tak pun,kena dengar ceramah free. So,untuk mengambil hati kitorang pun jadi budak baik pergi solat selalu dekat surau. The story nya macam tu lah. Nak fikir-fikir balik memangg rasa yang lucu sehingga tersengih sendiri depan lappy taip entri ni. :3
Dulu saya aktif ikut pertandingan. Dari pertandingan kuiz,hentam je apa-apa subjek pun konfem nak ikut. Lepas tu,ikut pertandingan bercerita,choral speaking. Saya jarang nak ikut sukan. Cikgu selalu paksa isi borang kelab dan sukan mana yang nak kena ikut. Saya pilih kelab badminton. Mula-mula main badminton haram tak tahu nak pegang raket macam mana,nak pegang bulu tangkis macam mana. Rasa nak memberontak mintak nama ditarik keluar dari kelab. Cikgu cakap cuba je dulu main,ok fine. Cuba punya cuba,saya jadi ketagih pulak nak main badminton depan rumah. Ajak kawan-kawan datang main sama. Sebenarnya sukan tu je yang saya boleh adapt so far. Satu,tak memeningkan kepala. Then,tak payah nak berasak-asak main macam basketball. :))
Pengalaman saya ikut pertandingan memang lah banyak, contoh masa ikut pertandingan nasyid. Ustaz yang ajar tu pada mulanya suruh saya jadi vokalist. Haha. Disebabkan suara saya tak berapa nak ohsem nak sampai key yang paling tinggi(high note),saya tak nak jadi vocalist. Last-last,kawan saya yang jadi vokal. Dia pandai bermain dengan suara,tak macam saya. Huhu. Kitorang pun practice makes perfect tiap-tiap hari. 2 lagu kalau tak silap. Paling tak dapat lupa nama kumpulan kami tu "Sautul Qalbi".
Baju jubah kami tu warna maroon floral-white striped. nak tengok gambar? Adaaa. Saat tu memang rasa bangga. :') Ni gambar dia. Kawan-kawan saya yang ikut nasyid,kalau terbaca entri ni mesti diorang ingat muka diorang macam mana dalam gambar ni. Hehehe.
p/s-kalau nampak bulatan pada muka means itu lah saya. Cuma dalam gambar nasyid je saya nak korang teka saya mana satu. ;3
Kitorang passed UPSR with flying colors. Lepastu,masing-masing ambik haluan sendiri. Ada yang masuk sekolah agama,ada yang masuk sekolah biasa je. Still,we are friends walaupun dulu suka gadoh-gadoh. Huhu. Sekarang,diorang mungkin ada life masing-masing. Ada yang dah berkahwin,still study or dah bekerja. For the sake of friendship,i love you all sayangs!
Terima kasih sebab sudi baca entri saya yang panjang ni. Kalau saya buat entri panjang macam ni,idea saya memang mencurah macam air paip. :D
p/s-korang boleh jugak emel saya nak suruh saya buat entri pasal apa pun yang berkaitan dengan life saya. InsyaAllah saya cuba tunaikan.kalau nk komen kat blog,kena follow blog saya dulu.sebab saya tak invite anonymous untuk komen. For precaution purpose,just in case. :) saya selitkan jugak gambar saya masa form 5. Huhuhu.
Happy Reading!
wak paling d quote "dulu suka gadoh-gadoh" hahaha..
ReplyDeletei lov u too sayang!! ;PP
haha.mun refresh blik ng idak wak lucu kan? :) actually,gmbar frdhu ain yen la paling lucu.jawai gei x snonoh.
Delete